Peranti andalan mampu milik padu dari POCO! – POCO F3

POCO baru-baru ini telah melancarkan peranti andalan mampu milik terbaru mereka iaitu POCO F3. POCO F3 ini sebenarnya adalah penjenamaan semula dari Redmi K40 yang telah dilancarkan beberapa bulan lalu di China.

Dengan tanda harga serendah RM1,399, peranti andalan ini hadir dengan spesifikasi menarik yang pastinya dapat menarik perhatian penggemar gajet. Skrin dan cipsetnya adalah keistimewaaan utama peranti ini.

Adakah peranti ini berbaloi untuk dibeli? Mari tonton video ini untuk butiran yang lebih lanjut mengenai POCO F3. Ikuti kami di YouTube untuk berita teknologi terkini.