Site icon TechNave BM

Peranti misteri Xiaomi dihuni MediaTek Dimensity 1000+ dan skrin 144Hz bakal hadir

Pendedah khabar angin terkenal kini tampil dengan berita tentang Xiaomi yang cukup untuk membuat anda teruja. Terkini, sumber melaporkan Xiaomi sedang membina telefon pintar dengan paparan 144Hz. Mungkin kita teruja, tetapi tidak memeranjatkan kerana Xiaomi sememangnya jenama yang gemar mencuba gabungan kolaborasi ciri teknologi terkini.

Lebih menarik, peranti dengan paparan 144Hz itu akan dihuni cipset MediaTek Dimensity 1000+. Untuk pengetahuan anda, Dimensity 1000+ ialah cipset 5G yang menyokong dua mod SA dan NSA. Ia juga merupakan satu-satunya cipset yang menyokong dwi-kad 5G+5G. Apa yang anda dapat dengan sokongan tersebut? Semestinya sambungan yang lebih lancar dan laju.

Sumber yang melaporkan berita ini

Untuk menguatkan lagi khabar angin ini, cipset Dimensity 1000+ sememangnya menyokong paparan 144Hz. Terdahulu, Xiaomi telah melancarkan Redmi 10X dengan Dimensity 820. Tidak hairan jika Xiaomi bakal melengkapkan peranti Redmi siri-K yang, pelopor kepada Redmi K30 dengan cipset Dimensity 1000+.

Anda mungkin boleh menjangkakan khabar angin lain mengenai hal ini pada minggu-minggu yang akan datang. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version