More

    Siri Redmi 10X dilancarkan dengan MediaTek 820 + cas pantas 33W + skrin AMOLED harga bermula ~RM 976

    Terkini, Redmi telah melancarkan siri Redmi terbaru di pasaran China yang terdiri daripada Redmi 10X dan Redmi 10X Pro. Apa yang menariknya, peranti yang dilancarkan kali ini dihuni cipset MediaTek Dimensity 820, cipset 5G berpatutan baharu yang diumumkan oleh MediaTek.

    Redmi 10X dan Redmi 10X Pro terdiri daripada spesifikasi yang lebih kurang sama. Perbezaan di antara kedua-dua varian adalah penawaran RAM, tetapan kamera dan penawaran sokongan pengecasan pantas. Redmi 10X Pro tampil dengan penambahan ciri teknologi tambahan seperti OIS dan keupayaan zum.

    Redmi 10X Pro

    • Cipset MediaTek Dimensity 820
    • RAM 8GB + ROM 128GB/256GB
    • Paparan Samsung AMOLED 6.57 inci dengan reka bentuk titisan air (water drop)
    • Empat kamera utama, 48MP (lensa utama) + 8MP (lensa telefoto) + 8MP (lensa super ultra lebar) + 5MP (lensa makro)
    • Kamera selfie 20MP
    • 3x zum optikal + 30x zum digital
    • Sokongan penstabilan imej optikal OIS
    • Bateri 4520mAh
    • Teknologi pengecasan pantas 33W
    • Sensor cap jari dalam paparan
    • Alat kawalan inframerah

    Redmi 10X

    • Cipset MediaTek Dimensity 820
    • RAM 6GB/8GB + ROM 128GB/256GB
    • Paparan Samsung AMOLED 6.57 inci dengan reka bentuk titisan air (water drop)
    • Empat kamera utama, 48MP (lensa utama) + 8MP (lensa super ultra lebar) + 2MP (lensa makro) + 2MP (sensor kedalaman)
    • Kamera selfie 16MP
    • Bateri 4520mAh
    • Teknologi pengecasan pantas 22.5W
    • Sensor cap jari dalam paparan
    • Alat kawalan inframerah

    Sebagai tambahan, anda boleh melihat markah AnTuTu yang diperoleh daripada siri Redmi 10X yang dioperasikan cipset MediaTek Dimensity 820. Setakat ini, kami hanya memiliki maklumat harga dan varian siri Redmi 10X di pasaran China sahaja memandangkan Redmi Malaysia masih belum mengumumkan maklumat mengenai keberadaan siri Redmi 10X di Malaysia. Apa pun, harga yang dipaparkan dalam Ringgit Malaysia (RM) adalah anggaran berdasarkan nilai mata wang Yuan yang ditukarkan kepada RM.

    Harga Redmi 10X di China:

    • 6GB+64G berharga 1599 Yuan (~RM976)
    • 6GB+128GB berharga 1799 Yuan (~RM1,097)
    • 8GB+128GB berharga 2099 Yuan (~RM1,280)
    • 8GB+256GB berharga 2399 Yuan (~RM1,463)

    Harga Redmi 10X Pro di China:

    • 8GB+128GB berharga 2299 Yuan (~RM1,402)
    • 8GB+256GB berharga 2599 Yuan (~RM1,585)

    Adakah anda berminat untuk memilikinya jika ia hadir di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancaran teelfon pintar terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...