Maybank memaklumkan akan menjalankan aktiviti penyelenggaraan sistem berjadual pada 20 September 2025 yang akan menjejaskan beberapa perkhidmatan perbankan atas talian untuk sementara waktu. Pelanggan dinasihatkan supaya menyelesaikan transaksi lebih awal bagi mengelakkan sebarang gangguan.
Antara perkhidmatan yang terjejas ialah pemindahan dan fungsi DuitNow termasuk DuitNow Transfer, DuitNow Request dan DuitNow QR. Semua fungsi ini tidak dapat digunakan di Maybank2u web, aplikasi MAE serta Maybank2u Biz (web dan aplikasi) dari jam 3:00 pagi hingga 8:00 pagi.
Selain itu, perkhidmatan JomPay, Interbank GIRO (IBG) dan FPX melalui Maybank2u web juga akan tergendala pada tempoh waktu yang sama. Fungsi Debit Mandate dan semua servis lain di ATM turut dijadualkan tergendala dari 12:00 tengah malam hingga 8:00 pagi manakala perkhidmatan penukaran mata wang dalam aplikasi MAE akan terganggu dari 12:00 tengah malam hingga 6:00 pagi.
Maybank menasihatkan semua pelanggan untuk merancang transaksi lebih awal bagi mengurangkan kesulitan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Maybank

