More

    Perkhidmatan Maybank2u, MAE dan ATM tergendala pada 20 September ini

    Maybank memaklumkan akan menjalankan aktiviti penyelenggaraan sistem berjadual pada 20 September 2025 yang akan menjejaskan beberapa perkhidmatan perbankan atas talian untuk sementara waktu. Pelanggan dinasihatkan supaya menyelesaikan transaksi lebih awal bagi mengelakkan sebarang gangguan.

    Antara perkhidmatan yang terjejas ialah pemindahan dan fungsi DuitNow termasuk DuitNow Transfer, DuitNow Request dan DuitNow QR. Semua fungsi ini tidak dapat digunakan di Maybank2u web, aplikasi MAE serta Maybank2u Biz (web dan aplikasi) dari jam 3:00 pagi hingga 8:00 pagi.

    Selain itu, perkhidmatan JomPay, Interbank GIRO (IBG) dan FPX melalui Maybank2u web juga akan tergendala pada tempoh waktu yang sama. Fungsi Debit Mandate dan semua servis lain di ATM turut dijadualkan tergendala dari 12:00 tengah malam hingga 8:00 pagi manakala perkhidmatan penukaran mata wang dalam aplikasi MAE akan terganggu dari 12:00 tengah malam hingga 6:00 pagi.

    Maybank menasihatkan semua pelanggan untuk merancang transaksi lebih awal bagi mengurangkan kesulitan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Maybank

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured