Site icon TechNave BM

PICO tawarkan diskaun sehingga 50% sempena Hari Kekasih

PICO turut memeriahkan Hari kekasih tahun ini dengan promosi bermula pada 10 Februari 2023, 11 malam dan berakhir pada 19 Februari 2023, 10.59 malam. Dalam tempoh ini, anda boleh menikmati diskaun sehingga 50% untuk semua aplikasi dan game pada PICO Neo 3 Link atau PICO 4.

Dengan mengklik pada sepanduk pada halaman kempen, pengguna boleh menuntut sehingga 4 kupon termasuk kupon diskaun 30%, kupon diskaun 50% tanpa perbelanjaan minimum, kupon diskaun RM46 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM 89 dan RM60 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM135.

Pelbagai game yang ditawarkan seperti After The Fall, Arizona Sunshine, Golf 5 eClub dan Eleven Table Tennis. Pasangan yang sukakan sedikit cabaran boleh menguji hubungan mereka dengan permainan kompetitif seperti Clash of Chefs VR manakala mereka yang mencari detik santai boleh meneroka Real VR Fishing.

Pengguna boleh menghubungi sokongan pelanggan di support.my@pico-xr.com untuk sebarang pertanyaan penebusan dan lawati laman web rasminya atau singgah ke kedai utama PICO di Sunway Pyramid untuk mengetahui lebih lanjut.

Untuk pembelian dalam talian, PICO 4 boleh didapati di LazadaShopee dan TikTok Shop. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version