More

    PICO tawarkan diskaun sehingga 50% sempena Hari Kekasih

    PICO turut memeriahkan Hari kekasih tahun ini dengan promosi bermula pada 10 Februari 2023, 11 malam dan berakhir pada 19 Februari 2023, 10.59 malam. Dalam tempoh ini, anda boleh menikmati diskaun sehingga 50% untuk semua aplikasi dan game pada PICO Neo 3 Link atau PICO 4.

    Dengan mengklik pada sepanduk pada halaman kempen, pengguna boleh menuntut sehingga 4 kupon termasuk kupon diskaun 30%, kupon diskaun 50% tanpa perbelanjaan minimum, kupon diskaun RM46 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM 89 dan RM60 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM135.

    Pelbagai game yang ditawarkan seperti After The Fall, Arizona Sunshine, Golf 5 eClub dan Eleven Table Tennis. Pasangan yang sukakan sedikit cabaran boleh menguji hubungan mereka dengan permainan kompetitif seperti Clash of Chefs VR manakala mereka yang mencari detik santai boleh meneroka Real VR Fishing.

    Pengguna boleh menghubungi sokongan pelanggan di [email protected] untuk sebarang pertanyaan penebusan dan lawati laman web rasminya atau singgah ke kedai utama PICO di Sunway Pyramid untuk mengetahui lebih lanjut.

    Untuk pembelian dalam talian, PICO 4 boleh didapati di Lazada, Shopee dan TikTok Shop. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured