Terkini, dua model terbaru peranti POCO telah melepasi kelulusan beberapa agensi seperti FCC, TUV Rheinland dan BIS. Model ini didakwa sebagai peranti POCO yang dikhabarkan memiliki skrin AMOLED 120Hz. Yang pastinya, terdapat beberapa spesifikasi yang didedahkan melalui kelulusan ini.
Melalui kelulusan FCC, spesifikasi bateri 5160mAh telah terdedah. Bukan itu sahaja, dokumen kelulusan memaparkan ia bakal dilengkapi pengecasan pantas 33W (pengecas Xiaomi MDY-12-EA 33W) dan kamera utama 64MP.
FCC turut mendedahkan rekaan belakang peranti POCO baharu ini. Jika anda sudah mengenali rekaan asal POCO, sekali pandang sahaja anda sudah tahu rekaan ini adalah rekaan susunan kamera dalam bentuk bulat (reka bentuk original POCO).
Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai peranti POCO yang bakal hadir dengan skrin AMOLED 120Hz, memandangkan pihak eksekutifnya sendiri telah mengacah kadar segar semula yang tinggi. Namun, kami tidak pasti adakah ia peranti sama yang telah melepasi kelulusan ini.
Jika ianya peranti yang sama, peranti POCO baharu bakal hadir dengan bateri 5160mAh, cas pantas 33W, kamera 64MP dan skrin AMOLED 120Hz. Oleh kerana statusnya masih sebagai ura-ura, mungkin kita akan mengetahui berita lebih lanjut mebgenainya pada hari-hari yang akan datang.
Adakah anda peminat POCO? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizchina

