More

    Telefon kelas pertengahan POCO baru mungkin hadir dengan AMOLED 120Hz

    Terkini, terdapat beberapa maklumat yang menjurus kepada spekulasi bahawa POCO bakal melancarkan telefon kelas pertengahan baharunya mungkin dengan skrin AMOLED, dan kadar segar semula sehingga 120Hz.

    Sebenarnya, khabar mengenai peranti POCO terbaru ini sudah mula timbul sejak mula-mula peranti kelas pertengahan pertama OnePlus, OnePlus Nord dilancarkan. Pihak eksekutif POCO telah mengacah kehadiran peranti terbarunya sebagai pesaing kepada dengan tanda pagar #POCOcomingsoon.

    Terkini, beliau mengacah spesifikasi kadar segar semula tinggi melalui siaran di laman Twitternya. Memandangkan ia adalah pesaing OnePlus Nord dengan skrin AMOLED 90Hz, rata-rata peminat menjangkakan kadar segar semula yang lebih tinggi, iaitu skrin AMOLED dengan 120Hz.

    Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan nama peranti POCO terbaru ini. Adakah ia adalah penjenamaan semula Redmi K30 Ultra yang baru sahaja dilancarkan? Hal ini kerana peranti ini memiliki skrin AMOLED 120Hz. Mungkin berita pada hari-hari seterusnya akan menjawab persoalan ini.

    Apa pun, segalanya masih lagi tidak rasmi. Luahkan pandangan anda mengenai hal ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Angus Kai Ho Ng

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...