Site icon TechNave BM

POCO F4 dilancar di Malaysia: Cipset SD 870, skrin AMOLED 6.67″ dan bateri 4,500mAh bermula RM1,499

Bagi mereka yang terlepas siaran langsung di halaman Facebook POCO Malaysia pada pukul 8 malam tadi, POCO telah melancarkan telefon pintar POCO F4 bersama satu lagi peranti iaitu POCO X4 GT pada hari ini. POCO F4 dilengkapi dengan cipset Snapdragon 870 7nm dengan sokongan 5G dan mempunyai teras utama frekuensi tertinggi POCO yang beroperasi pada kelajuan clock 3.2GHz.

Peranti ini agak nipis dengan ketebalan 7.7mm sahaja dan menampilkan skrin AMOLED E4 6.67 inci. Skrin POCO F4 ini mempunyai kadar penyegaran semula 120Hz, kadar pensampelan sentuhan 360Hz dan kecerahan puncak skrin sebanyak 1,300 nits. 

Ia juga mempunyai ruang pelepasan wap sebesar 3,112mm² dengan teknologi LiquidCool, RAM LPDDR5 2.0 dan ROM UFS 3.1. Dengan dwi pembesar suara oleh Dolby Atmos, ia menyampaikan bunyi yang mengasyikkan dan jelas ketika tontonan video dan bermain game.

Daripada segi kamera, terdapat tri-kamera belakang dengan penstabilan imej optikal (OIS) pada kamera utama 64MP, ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Kamera POCO F4 dilengkapi resolusi 4K dengan banyak ciri termasuk mod swafoto panoramik, mod malam, AI Skyscaping 4.0 dan AI Erase 2.0.

POCO F4 hadir dengan bateri 4,500mAh dan pengecasan turbo 67W di mana pengecasan 38 minit boleh meningkatkan kuasa bateri sehingga 100%. Dengan bateri berkuasa penuh, ia mampu bertahan sehingga 10 jam bermain game, 21 jam main balik video dan 119 jam main balik muzik. 

Tambahan lagi, peranti ini menggunakan teknologi pengecasan Middle Middle Tab (MMT) yang merupakan pengecasan pantas arus elektrik elektrik dua arah serentak untuk kelajuan dan kestabilan pengecasan yang lebih baik dan mengekalkan prestasi dalam tempoh masa yang lebih lama.

POCO F4 hadir dalam dua varian iaitu varian 6GB + 128GB berharga RM1,599 dan 8GB+256GB berharga RM1,699. Peranti ini akan mula dijual di Malaysia mulai 27 Jun 2022 dalam tiga pilihan warna iaitu Moonlight SilverNight Black dan Nebula Green. Ia juga akan mula dijual secara eksklusif melalui Shopee dengan harga promo bermula RM1,499 untuk varian 6GB + 128GB dan RM1,599 untuk varian 8GB+256GB mulai 27 Jun 2022.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas POCO F4:

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version