More

    POCO F4 dilancar di Malaysia: Cipset SD 870, skrin AMOLED 6.67″ dan bateri 4,500mAh bermula RM1,499

    Bagi mereka yang terlepas siaran langsung di halaman Facebook POCO Malaysia pada pukul 8 malam tadi, POCO telah melancarkan telefon pintar POCO F4 bersama satu lagi peranti iaitu POCO X4 GT pada hari ini. POCO F4 dilengkapi dengan cipset Snapdragon 870 7nm dengan sokongan 5G dan mempunyai teras utama frekuensi tertinggi POCO yang beroperasi pada kelajuan clock 3.2GHz.

    Peranti ini agak nipis dengan ketebalan 7.7mm sahaja dan menampilkan skrin AMOLED E4 6.67 inci. Skrin POCO F4 ini mempunyai kadar penyegaran semula 120Hz, kadar pensampelan sentuhan 360Hz dan kecerahan puncak skrin sebanyak 1,300 nits. 

    Ia juga mempunyai ruang pelepasan wap sebesar 3,112mm² dengan teknologi LiquidCool, RAM LPDDR5 2.0 dan ROM UFS 3.1. Dengan dwi pembesar suara oleh Dolby Atmos, ia menyampaikan bunyi yang mengasyikkan dan jelas ketika tontonan video dan bermain game.

    Daripada segi kamera, terdapat tri-kamera belakang dengan penstabilan imej optikal (OIS) pada kamera utama 64MP, ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Kamera POCO F4 dilengkapi resolusi 4K dengan banyak ciri termasuk mod swafoto panoramik, mod malam, AI Skyscaping 4.0 dan AI Erase 2.0.

    POCO F4 hadir dengan bateri 4,500mAh dan pengecasan turbo 67W di mana pengecasan 38 minit boleh meningkatkan kuasa bateri sehingga 100%. Dengan bateri berkuasa penuh, ia mampu bertahan sehingga 10 jam bermain game, 21 jam main balik video dan 119 jam main balik muzik. 

    Tambahan lagi, peranti ini menggunakan teknologi pengecasan Middle Middle Tab (MMT) yang merupakan pengecasan pantas arus elektrik elektrik dua arah serentak untuk kelajuan dan kestabilan pengecasan yang lebih baik dan mengekalkan prestasi dalam tempoh masa yang lebih lama.

    POCO F4 hadir dalam dua varian iaitu varian 6GB + 128GB berharga RM1,599 dan 8GB+256GB berharga RM1,699. Peranti ini akan mula dijual di Malaysia mulai 27 Jun 2022 dalam tiga pilihan warna iaitu Moonlight Silver, Night Black dan Nebula Green. Ia juga akan mula dijual secara eksklusif melalui Shopee dengan harga promo bermula RM1,499 untuk varian 6GB + 128GB dan RM1,599 untuk varian 8GB+256GB mulai 27 Jun 2022.

    Berikut merupakan spesifikasi ringkas POCO F4:

    "
    "
    • Cipset Snapdragon 870 7nm
    • Skrin AMOLED E4 6.67 inci dan DotDisplay ultra-kecil 2.76mm
    • Kadar penyegaran semula 120Hz, kadar pensampelan sentuhan 360Hz dan kecerahan puncak skrin 1,300 nits
    • Dwi pembesar suara Dolby Atmos
    • Tri-kamera belakang: Kamera utama 64MP, ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP
    • Bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan turbo 67W
    • Dua varian: varian 6GB + 128GB dan 8GB+256GB
    • Warna: Moonlight Silver, Night Black dan Nebula Green
    • Harga:
      • 6GB + 128GB: RM1,599 (harga promosi awal RM1,499 di Shopee)
      • 8GB+256GB: RM1,699 (harga promosi awal RM1,499 di Shopee)

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured