Site icon TechNave BM

POCO M3 hadir dengan rekaan panel belakang unik, 3 pilihan warna

Baru-baru ini, POCO telah mengumumkan bahawa peranti baharu POCO M3 akan dilancar pada 24 November ini untuk peringkat global. Sumber kini telah mendedahkan reka bentuk penuh POCO M3 yang hadir dengan panel belakang yang unik bersama tiga pilihan warna.

Seperti yang dapat dilihat pada gambar, POCO M3 akan dilengkapi rekaan skrin bertakut Dot Drop Display. Apa yang menarik adalah rekaan panel belakangnya yang mempunyai bentuk segi empat berwarna hitam, menempatkan tiga tetapan kamera dan logo POCO.

Gambar ini turut memperlihatkan sensor cap jari di sisi peranti di bawah butang kelantangan pada bahagian kanan dan ruang SIM pada bahagian kiri. Ia dilihat hadir dengan pilihan warna hitam, kuning dan biru.

Menurut sumber yang lalu, POCO M3 dilapor hadir dengan Snapdragon 662, skrin 6.53 inci FHD+ Dot Drop Display, RAM 4GB, bateri 6000mAh dan cas pantas 18W. Berkenaan kamera, ia dilengkapi tiga kamera belakang dengan lensa utama 48MP.

POCO M3 dilapor sebagai versi global untuk Redmi Note 10 4G yang hadir di TENAA dengan spesifikasi sama. Apakah pendapat anda? Beritahu kami dilaman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 91mobiles

Exit mobile version