Site icon TechNave BM

POCO M4 Pro 5G dilancar di Malaysia: Dimensity 810, bateri 5,000mAh, skrin 90Hz bermula RM749

POCO telah melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru pada hari ini iaitu POCO M4 Pro 5G yang dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 810, bateri besar 5,000mAh dan pengecasan pantas 33W yang boleh mengecas penuh baterinya secepat 59 minit sahaja.

Telefon ini mempunyai skrin Full HD+ DotDisplay berukuran 6.6 inci dengan kadar segar semula 90Hz. Bagi menjimatkan penggunaan bateri, kadar tersebut akan diubah secara automatik di antara 50Hz, 60Hz atau 90Hz, bergantung kepada kandungan yang dipaparkan. Skrin itu turut mempunyai kadar bacaan sentuhan 240Hz dan gamut warna DCI-P3.

Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dan kamera ultra-lebar 8MP dengan sudut penglihatan 119 darjah dan menyokong Night Mode, Kaleidoscope, Slow Motion, Time-lapse dan Filter. Kamera swafotonya pula menyokong fungsi Panorama Selfie.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk POCO M4 Pro 5G:

POCO M4 Pro 5G akan mula dijual di Malaysia bermula 11 November 2021. Untuk masa yang terhad, ia akan dijual pada harga promosi iaitu RM749 (4GB+64GB) dan RM899 (6GB+128GB) di Shopee sahaja. Ia akan mula dijual di Lazada pada 25 November 2021.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan POCO M4 Pro 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version