fbpx
More

    POCO M4 Pro 5G dilancar di Malaysia: Dimensity 810, bateri 5,000mAh, skrin 90Hz bermula RM749

    POCO telah melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru pada hari ini iaitu POCO M4 Pro 5G yang dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 810, bateri besar 5,000mAh dan pengecasan pantas 33W yang boleh mengecas penuh baterinya secepat 59 minit sahaja.

    Telefon ini mempunyai skrin Full HD+ DotDisplay berukuran 6.6 inci dengan kadar segar semula 90Hz. Bagi menjimatkan penggunaan bateri, kadar tersebut akan diubah secara automatik di antara 50Hz, 60Hz atau 90Hz, bergantung kepada kandungan yang dipaparkan. Skrin itu turut mempunyai kadar bacaan sentuhan 240Hz dan gamut warna DCI-P3.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dan kamera ultra-lebar 8MP dengan sudut penglihatan 119 darjah dan menyokong Night Mode, Kaleidoscope, Slow Motion, Time-lapse dan Filter. Kamera swafotonya pula menyokong fungsi Panorama Selfie.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk POCO M4 Pro 5G:

    • Skrin FullHD+ (2400×1080) DotDisplay berukuran 6.6 inci
    • Kadar segar semula sehingga 90Hz, keterangan 450 nits, dibina dengan Gorilla Glass 3
    • Cipset MediaTek Dimensity 810
    • RAM LPDDR4X 4GB atau 6GB
    • Storan UFS 2.2 64GB atau 128GB, boleh dibesarkan dengan microSD sehingga 1TB
    • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 8MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 33W, disertakan dalam kotak
    • Perisian MIUI 12.5 For POCO, berdasarkan Android 11
    • Dwi-pembesar suara dan bicu audio 3.5mm
    • Pemancar infra-merah (IR), pengimbas cap jari di sisi
    • Menyokong hubungan Bluetooth 5.1, NFC
    • Pilihan warna POCO Yellow, Power Black atau Cool Blue
    • Harga
      • 4GB+64GB: RM849
      • 6GB+128GB: RM999

    POCO M4 Pro 5G akan mula dijual di Malaysia bermula 11 November 2021. Untuk masa yang terhad, ia akan dijual pada harga promosi iaitu RM749 (4GB+64GB) dan RM899 (6GB+128GB) di Shopee sahaja. Ia akan mula dijual di Lazada pada 25 November 2021.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan POCO M4 Pro 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    iPhone 16 Pro akan mempunyai skrin 20% lebih cerah

    Menurut khabar angin terbaharu, iPhone 16 Pro yang bakal dilancarkan pada akhir tahun ini akan mempunyai peningkatan kecerahan paparan sehingga 20% berbanding...

    ASUS sahkan ROG Ally X akan dilancar pada 2 Jun ini

    ASUS telah mendedahkan bahawa mereka akan mengumumkan PC permainan pegang tangan ROG Ally X pada 2 Jun ini. ASUS juga mendedahkan beberapa...

    OpenAI bakal lancarkan enjin carian AI untuk bersaing dengan Google

    OpenAI yang merupakan pencipta ChatGPT kini dilaporkan bersedia untuk mengumumkan enjin carian sendiri bagi menyaingi carian Google dan carian dikuasakan AI, Perplexity....

    Spesifikasi Xiaomi MIX Flip tertiris, dedahkan cipset SD 8 Gen 3, sokong 5G dan...

    Xiaomi MIX Flip telah tertiris dalam internet secara rasmi dan maklumat menunjukkan bahawa ia menyokong pengecasan pantas 67W serta sambungan 5G tetapi...

    PM lancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus, galakkan pembangunan pantas dalam ekosistem AI

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia perlu bergerak pantas dalam membina ekosistem yang memacu perkembangan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X