Site icon TechNave BM

POCO X3 GT akan dilancar pada 28 Julai

POCO telah mengesahkan bahawa telefon pintar POCO X3 GT akan dilancar pada hari Rabu, 28 Julai jam 8:00 malam waktu Malaysia. Pelancaran tersebut boleh ditonton secara langsung di laman Facebook POCO Malaysia.

Spesifikasi telefon tersebut masih belum dikenal pasti, namun laporan sebelum ini mengatakan ia mungkin adalah Redmi Note 10 Pro 5G yang dijenamakan semula untuk pasaran antarabangsa. Redmi Note 10 Pro 5G telah dilancar di China pada bulan Mei lalu.

Jika khabar tersebut adalah benar, POCO X3 GT akan dilengkapi skrin LCD berukuran 6.67 inci, kaca Gorilla Glass Victus, cipset Dimensity 1100, tiga kamera 64MP dan bateri 5,000mAh serta pengecasan pantas 67W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan POCO X3 GT dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version