More

    Redmi Note 10 Pro dengan Dimensity 1100 dilancar, harga bermula ~RM1,100

    Xiaomi telah pun melancarkan telefon pintar kelas pertengahan Redmi Note 10 Pro pada bulan Mac lalu dan kini mereka telah melancarkan semula telefon tersebut namun dengan cipset yang berbeza. Redmi Note 10 Pro baru yang dilancar di China pada hari ini dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 1100, berbeza dengan Redmi Note 10 Pro asal yang dilengkapi Snapdragon 732G.

    Selain daripada itu, kedua-dua telefon menampilkan spesifikasi yang tidak banyak bezanya. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Redmi Note 10 Pro yang baru ini:

    • Cipset MediaTek Dimensity 1100
    • Skrin LCD Full HD+ 120Hz 6.6 inci
    • RAM 6GB atau 8GB
    • Storan dalaman UFS3.1 128GB atau 256GB
    • Kamera utama 64MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 67W
    • Perisian MIUI 12.5
    • Perlindungan gelas Gorilla Glass Victus
    • Sistem penyejukan vapour chamber
    • Dwi-pembesar suara stereo JBL
    • Sokongan NFC
    • Pilihan warna Fantasy Blue, Moon Soul dan Star Sand

    Antara perbezaan yang paling ketara adalah pada skrin, di mana telefon ini dilengkapi panel LCD sahaja, berlainan dengan panel AMOLED dalam Redmi Note 10 Pro asal. Selain itu, kamera telefon ini juga tidak dilengkapi empat kamera dan sensor 108MP, sebaliknya ia hanya mempunyai tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP.

    Cipset Dimensity 1100 dalam telefon ini merupakan cipset yang lebih canggih berbanding Snapdragon 732G kerana Dimensity 1100 adalah cipset kategori andalan (flagship). Perkhidmatan penanda aras AnTuTu menunjukkan markah 690,051 mata untuk Dimensity 1100, iaitu lebih tinggi sebanyak 10,000 mata berbanding cipset andalan tahun lepas, Snapdragon 865.

    Kadar pengecasan dalam telefon ini adalah 67W, lebih tinggi daripada Redmi Note 10 Pro asal yang mempunyai pengecasan 33W sahaja. Redmi mengatakan telefon ini boleh dicas penuh dalam masa 42 minit. Ia juga merupakan peranti Redmi pertama yang dilindungi oleh teknologi Corning Gorilla Glass Victus iaitu gelas telefon pintar yang paling kukuh pada waktu ini.

    Berikut adalah senarai varian memori dan harga China untuk telefon Redmi Note 10 Pro:

    • 6GB+128GB: CNY1,699 (~RM1,100)
    • 8GB+128GB: CNY1,899 (~RM1,230)
    • 8GB+256GB: CNY2,099 (~RM1,358)

    Setakat ini masih tidak diketahui jika Redmi Note 10 Pro edisi Dimensity 1100 ini akan dijual dalam pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave CN

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured