Site icon TechNave BM

POCO X3 Pro baru bakal dilancar pada Mac ini, didakwa adalah peranti 4G

Jenama POCO ialah jenama yang tidak asing lagi industri telefon pintar kerana ia sering menawarkan peranti dengan spesifikasi baik, seiring dengan harga berpatutan. Terkini, POCO bakal melancarkan POCO X3 Pro pada minggu pertama atau minggu kedua bulan Mac 2021.

Terdahulu, POCO X3 NFC adalah antara peranti yang terhangat di pasaran dan dianggap sebagai pembunuh kepada telefon pintar kelas pertengahan yang lain. Menurut sumber, POCO X3 Pro bakal dilancar di India terlebih dahulu dan ianya adalah sebuah peranti 4G.

POCO X3 Pro sudah dilihat muncul di pangkalan data FCC dan memperlihatkan spesifikasi seperti kehadiran MIUI 12, NFC, WiFi dua jalur dan Bluetooth. Spesifikasi yang lain dijangka sama seperti POCO X3 NFC iaitu skrin 120Hz, namun mungkin mempunyai perbezaan dari segi kamera. Ia turut dijangka memiliki cip sm8150 (Snapdragon 855/Snapdragon 855+).

Kami akan memaklumkan kepada anda jika POCO sudah mengumumkan tarikh rasmi pelancarannya. Apakah pendapat anda mengenai POCO X3 Pro? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version