Site icon TechNave BM

POCO X3 Pro dan F3 dilancar: Snapdragon 870, AMOLED 120Hz, cas pantas 33W bermula RM899

POCO hari ini telah melancarkan dua telefon terbaru untuk tahun ini iaitu POCO X3 Pro dan POCO F3 di mana POCO F3 menampilkan spesifikasi yang lebih canggih di antara kedua-dua telefon tersebut.

Walaupun ia bukan telefon andalan, POCO F3 Pro masih dilengkapi spesifikasi yang mantap termasuklah cipset Snapdragon 870, storan UFS 3.1, RAM LPDDR5, skrin AMOLED 120Hz dengan kadar bacaan sentuhan 360Hz, pengecasan pantas 33W dan tiga kamera. Telefon ini juga menyokong rangkaian 5G.

Untuk POCO X3 Pro pula, walaupun ia dilengkapi cipset yang lebih bawah sedikit iaitu Snapdragon 860 dan skrin LCD sahaja, ia mempunyai empat kamera, bateri yang lebih besar berbanding POCO F3 dan bicu audio 3.5mm. POCO X3 Pro juga membenarkan pembesaran storan melalui kad MicroSD. Perlu diingati bahawa POCO X3 Pro tidak mempunyai sokongan 5G.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk POCO F3:

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk POCO X3 Pro:

POCO X3 Pro akan mula dijual bermula 24 Mac di Shopee, di mana ia akan dijual pada harga istimewa pada hari tersebut sahaja. Untuk POCO F3 pula, ia akan dijual bermula 27 Mac di Lazada di mana ia akan turut dijual pada harga promosi pada hari itu sahaja.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan POCO X3 Pro atau POCO F3 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version