More

    POCO X3 Pro dan F3 dilancar: Snapdragon 870, AMOLED 120Hz, cas pantas 33W bermula RM899

    POCO hari ini telah melancarkan dua telefon terbaru untuk tahun ini iaitu POCO X3 Pro dan POCO F3 di mana POCO F3 menampilkan spesifikasi yang lebih canggih di antara kedua-dua telefon tersebut.

    Walaupun ia bukan telefon andalan, POCO F3 Pro masih dilengkapi spesifikasi yang mantap termasuklah cipset Snapdragon 870, storan UFS 3.1, RAM LPDDR5, skrin AMOLED 120Hz dengan kadar bacaan sentuhan 360Hz, pengecasan pantas 33W dan tiga kamera. Telefon ini juga menyokong rangkaian 5G.

    Untuk POCO X3 Pro pula, walaupun ia dilengkapi cipset yang lebih bawah sedikit iaitu Snapdragon 860 dan skrin LCD sahaja, ia mempunyai empat kamera, bateri yang lebih besar berbanding POCO F3 dan bicu audio 3.5mm. POCO X3 Pro juga membenarkan pembesaran storan melalui kad MicroSD. Perlu diingati bahawa POCO X3 Pro tidak mempunyai sokongan 5G.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk POCO F3:

    • Cipset Snapdragon 870
    • Skrin AMOLED HDR10+ 6.67 inci 120Hz dengan kadar bacaan sentuhan 360Hz
    • RAM LPDDR5 6GB atau 8GB
    • Storan UFS 3.1 128GB atau 256GB
    • Kamera utama 48MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera telemakro 5MP
    • Kamera swafoto 20MP
    • Bateri 4,520mAh
    • Pengecasan pantas 33W, pengecas disertakan dalam kotak
    • Dwi-pembesar suara stereo Dolby Atmos dengan pengiktirafan Hi-Res Audio
    • Sokongan NFC, pemancar infra-merah (IR), dwi-kad SIM
    • Teknologi penyejukan LiquidCool 1.0 Plus
    • Sistem operasi MIUI 12 berdasarkan Android 11
    • Pilihan warna putih Arctic White, hitam Night Black dan biru Deep Ocean Blue
    • Harga
      • 6GB+128GB: RM1,299 (pada 27 Mac sahaja), harga asal RM1,399
      • 8GB+256GB: RM1,499 (pada 27 Mac sahaja), harga asal RM1,699

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk POCO X3 Pro:

    • Cipset Snapdragon 860
    • Skrin LCD 6.67 inci FHD+ HDR10 120Hz dengan kadar bacaan sentuhan 240Hz
    • RAM LPDDR4X 6GB atau 8GB
    • Storan UFS 3.1 128GB atau 256GB
    • Kamera utama 48MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 2MP + sensor kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 20MP
    • Bateri 5,160mAh
    • Pengecasan pantas 33W, pengecas disertakan dalam kotak
    • Dwi-pembesar suara stereo dengan pengiktirafan Hi-Res Audio
    • Bicu audio 3.5mm
    • Sokongan NFC, pemancar infra-merah (IR), dwi-kad SIM
    • Teknologi penyejukan LiquidCool 1.0 Plus
    • Sistem operasi MIUI 12 berdasarkan Android 11
    • Pilihan warna hitam Phantom Black, biru Frost Blue dan gangsa Metal Bronze
    • Harga
      • 6GB+128GB: RM899 (pada 24 Mac sahaja), harga asal RM999
      • 8GB+265GB: RM1,099 (pada 24 Mac sahaja), harga asal RM1,299

    POCO X3 Pro akan mula dijual bermula 24 Mac di Shopee, di mana ia akan dijual pada harga istimewa pada hari tersebut sahaja. Untuk POCO F3 pula, ia akan dijual bermula 27 Mac di Lazada di mana ia akan turut dijual pada harga promosi pada hari itu sahaja.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan POCO X3 Pro atau POCO F3 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured