Site icon TechNave BM

Poster Xiaomi Mi 10 viral: Mungkin dilancarkan pada Februari 2020 dengan 4 sensor kamera

Kebanyakan jenama besar telefon pintar telah mula merancang untuk melancarkan telefon pintar masing-masing pada tahun ini. Selain daripada Samsung yang rasminya bakal melancarkan beberapa telefon pintar pada Februari ini, Xiaomi juga mungkin akan melancarkan pesaing terbarunya.

Terkini, sumber melaporkan bahawa terdapat poster yang telah tular di laman Weibo. Walaupun poster tersebut mungkin poster palsu, tetapi jika tiada angin, masakan pokok bergoyang.

Poster tersebut memaparkan tarikh pelancaran Xiaomi Mi 10 yang bakal diadakan di Beijing pada 11 Februari tahun ini. Reka bentuk belakang Xiaomi Mi 10 juga kelihatan pada poster dengan varian warna hitam dan putih. Terdapat garisan belang di panel belakang yang memuatkan empat sensor kamera.

Terdahulu, khabar angin melaporkan Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro dilengkapi Snapdragon 865, kamera 108MP dan bateri 4500 mAh. Apa pun, khabar angin bukanlah satu kebenaran yang pasti.

Adakah anda rasa poster ini benar? Luahkan pendapat anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk khabar angin telefon pintar terkini.

Sumber: GIZMOCHINA

Exit mobile version