More

    Khabar angin ciri teknologi Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro: SD 865, kamera 108MP dan bateri 4500 mAh

    Terdahulu, khabar angin tentang kemunculan Xiaomi Mi 10 pada tahun 2020 telah tular di internet. Dengan kamera utama 108MP Xiaomi Note 10, peminat teknologi pasti terfikir tentang teknologi yang bakal menjadi daya penarik Xiaomi Mi 10.

    Terkini, terdapat khabar angin senarai ciri teknologi Xiaomi Mi 10 tular melalui Weibo. Menurutnya, Xiaomi Mi 10 bakal hadir dengan skrin OLED lebih kurang 6.5 inci dengan kadar segar semula 90Hz. Siri Xiaomi Mi 10 bakal dikuasai Snapdragon 865. Perbezaan penawaran Xiaomi Mi 10 dengan Xiaomi Mi 10 Pro hanyalah pada RAM. Xiaomi Mi 10 hadir dengan penawaran RAM 8GB atau 12GB, manakala Xiaomi Mi 10 Pro hanya dengan RAM 12GB sahaja.

    Berkenaan kamera, khabar angin melaporkan Xiaomi Mi 10 yang dilengkapi bateri 4500 mAh bakal hadir dengan tetapan kamera quad 108MP. Bukan itu sahaja, tetapan kamera turut dihuni kamera 20MP, 12MP dan 5MP yang berkemungkinan menampilkan lensa ultra lebar, telefoto dan sensor kedalaman.

    Beralih kepada Xiaomi Mi 10 Pro, peranti ini mungkin memiliki kamera utama 108MP yang sama, tetapi dengan sedikit perbezaan pada gabungan kamera. Xiaomi Mi 10 Pro digabungkan dengan kamera 48MP, 12MP dan 8MP. Tidak lupa juga tentang bateri berkapasiti 4500 mAh yang dilengkapi pengecasan pantas 40W.

    Weibo melalui gsmarena juga telah memaparkan khabar angin harga siri Xiaomi Mi 10. Xiaomi Mi 10 Pro dengan varian 12GB+128GB mungkin berharga 3799 Yuan (lebih kurang RM2234), varian 12GB+256GB berharga 4099 Yuan (lebih kurang RM2410) dan varian 12GB+512GB berharga 4469 Yuan (lebih kurang RM2645).

    Sumber: Weibo melalui gsmarena

    Apa pun, semua ini masih sebuah khabar angin. Kami akan memberitahu anda dengan kadar segera jika maklumat ciri teknologi dan harga telah diumumkan secara rasmi di TechNaveBM.com. Anda ingin memiliki siri Xiaomi Mi 10 ini? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

    Sumber: gsmarena | Weibo

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured