Site icon TechNave BM

Pra-tempah Microsoft Laptop Studio 2 dan Laptop Go 3, harga bermula RM4,099

Microsoft melancarkan pra-pesanan untuk dua produk Surface baharu iaitu Laptop Studio 2 dan Laptop Go 3 di Malaysia yang boleh didapati bermula pada hari ini (19 Oktober 2023). Pra-pesanan hadir dengan promosi eksklusif termasuk Surface Slim Pen 2 percuma untuk Laptop Studio 2 dan Sennheiser CX True Wireless Earbuds percuma untuk Laptop Go 3. Kedua-dua komputer riba menawarkan langganan Microsoft 365 dan PC Game Pass untuk sebulan.

Sebelum ini, Microsoft telah memperkenalkan rakan AI yang dipanggil Microsoft Copilot, tersedia pada Windows 11, Microsoft 365, Edge dan Bing. Ia bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan menyelaraskan interaksi dengan teknologi melalui aplikasi dan peranti.

Surface Laptop Studio 2 menawarkan skrin sentuh PixelSense Flow 14.4 inci dengan warna terang dan kadar penyegaran semula 120Hz. Ia termasuk ciri AI yang dipertingkatkan seperti kamera studio FHD dengan Dolby Vision IQ dan HDR, bersama-sama dengan bunyi sinematik melalui pembesar suara Omnisonic dan Dolby Atmos.

Komputer riba ini direka bentuk dengan pemproses Intel Core H-class Generasi ke-13, prestasi grafik daripada NVIDIA Geforce RTX 4050, sesuai untuk penciptaan kandungan dan gaming. Ia menawarkan sehingga 18 jam hayat bateri, RAM 32GB dan storan SSD sehingga 1TB pada harga bermula RM12,199.

Seterusnya, Surface Laptop Go 3 adalah komputer riba yang ringan dan mudah alih dengan skrin sentuh PixelSense 12.4 inci dan dikuasakan oleh pemproses Intel Core i5. Ia menawarkan hayat bateri sehingga 15 jam, ciri audio dan video berkualiti tinggi serta alatan berkuasa AI untuk produktiviti dan kreativiti. Harganya bermula pada RM4,099 menawarkan alat kuasa AI terbaharu dari Microsoft dan industri.

Pra-pesanan untuk peranti Surface terkini boleh dilakukan melalui peruncit sah Microsoft termasuk All ITiTworld by SNS NetworkGloo by SNS NetworkHarvey Norman, PC ImageSenheng serta TMT by Thundermatch. Laptop Studio 2 dan Laptop Go 3 (16GB) akan tersedia secara eksklusif di Harvey Norman mulai 9 November 2023.

Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version