fbpx
More

    Pra-tempah Microsoft Laptop Studio 2 dan Laptop Go 3, harga bermula RM4,099

    Microsoft melancarkan pra-pesanan untuk dua produk Surface baharu iaitu Laptop Studio 2 dan Laptop Go 3 di Malaysia yang boleh didapati bermula pada hari ini (19 Oktober 2023). Pra-pesanan hadir dengan promosi eksklusif termasuk Surface Slim Pen 2 percuma untuk Laptop Studio 2 dan Sennheiser CX True Wireless Earbuds percuma untuk Laptop Go 3. Kedua-dua komputer riba menawarkan langganan Microsoft 365 dan PC Game Pass untuk sebulan.

    Sebelum ini, Microsoft telah memperkenalkan rakan AI yang dipanggil Microsoft Copilot, tersedia pada Windows 11, Microsoft 365, Edge dan Bing. Ia bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan menyelaraskan interaksi dengan teknologi melalui aplikasi dan peranti.

    Surface Laptop Studio 2 menawarkan skrin sentuh PixelSense Flow 14.4 inci dengan warna terang dan kadar penyegaran semula 120Hz. Ia termasuk ciri AI yang dipertingkatkan seperti kamera studio FHD dengan Dolby Vision IQ dan HDR, bersama-sama dengan bunyi sinematik melalui pembesar suara Omnisonic dan Dolby Atmos.

    Komputer riba ini direka bentuk dengan pemproses Intel Core H-class Generasi ke-13, prestasi grafik daripada NVIDIA Geforce RTX 4050, sesuai untuk penciptaan kandungan dan gaming. Ia menawarkan sehingga 18 jam hayat bateri, RAM 32GB dan storan SSD sehingga 1TB pada harga bermula RM12,199.

    Seterusnya, Surface Laptop Go 3 adalah komputer riba yang ringan dan mudah alih dengan skrin sentuh PixelSense 12.4 inci dan dikuasakan oleh pemproses Intel Core i5. Ia menawarkan hayat bateri sehingga 15 jam, ciri audio dan video berkualiti tinggi serta alatan berkuasa AI untuk produktiviti dan kreativiti. Harganya bermula pada RM4,099 menawarkan alat kuasa AI terbaharu dari Microsoft dan industri.

    Pra-pesanan untuk peranti Surface terkini boleh dilakukan melalui peruncit sah Microsoft termasuk All IT, iTworld by SNS Network, Gloo by SNS Network, Harvey Norman, PC Image, Senheng serta TMT by Thundermatch. Laptop Studio 2 dan Laptop Go 3 (16GB) akan tersedia secara eksklusif di Harvey Norman mulai 9 November 2023.

    Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    vivo Malaysia anjurkan promosi 6.6 di Shopee dan Lazada, telefon serendah RM316 sahaja

    vivo Malaysia akan menganjurkan kempen promosi khas sempena musim jualan 6.6 iaitu Lazada 6.6 Super WOW SALE dan Shopee 6.6 Super Mid...

    Kerajaan akan anjur kempen keselamatan dalam talian khas untuk kanak-kanak dan keluarga

    Bagi memupuk dan mendidik kesedaran awal berkenaan keselamatan dalam alam siber dalam kalangan kanak-kanak, Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil, berkata kementeriannya akan...

    realme C63 dilancar, dilengkapi skrin 90Hz, cas pantas 45W, bateri 5,000mAh bermula ~RM560

    realme telah melancarkan sebuah telefon pintar kelas permulaan di Indonesia iaitu realme C63. Sebagai peranti dalam siri realme C, ia merupakan telefon...

    Rapid Rail rekodkan lebih 1 juta penumpang untuk satu hari, tertinggi dalam sejarah!

    Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) hari ini mengumumkan peristiwa penting dalam pengangkutan awam Malaysia di mana penumpang laluan kereta apinya merekodkan...

    TikTok mungkin hasilkan algoritma klon khas untuk pengguna di AS

    Jika anda mengikuti perkembangan isu TikTok dan Amerika Syarikat, anda mungkin tahu bahawa TikTok menghadapi larangan kekal atau perlu dijual. TikTok telah...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X