Site icon TechNave BM

Pra-tempah Samsung Galaxy S21, tiada pengecas tetapi percuma Galaxy Buds Pro dan SmartTag!

Para peminat Samsung di Malaysia kini boleh membuat pra-tempahan untuk siri Samsung Galaxy S21 di laman web Samsung Malaysia untuk mendapatkan promosi awal. Setiap pra-tempahan Galaxy S21 akan layak mendapat fon telinga wayarles Galaxy Buds Pro dan penanda Galaxy SmartTag secara percuma.

Berikut adalah harga untuk siri Galaxy S21:

Pelanggan juga akan menerima perkhidmatan langganan YouTube Premium secara percuma. Jangan lupa untuk baca artikel pelancaran Samsung Galaxy S21 untuk maklumat lanjut tentang telefon pintar andalan ini.

Selain itu, anda boleh gunakan kod khas untuk para pembaca TechNave di mana anda boleh mendapatkan fon telinga Samsung ANC Type-C (bernilai RM299) secara percuma. Kod tersebut adalah TNS21VIP dan hadiah ini hanya terhad kepada 280 pasang sahaja. Untuk pra-tempahan, boleh layari laman web Samsung Malaysia.

Samsung ANC Type-C

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli Samsung Galaxy S21 melalui pelan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version