Site icon TechNave BM

Prestasi Snapdragon 895 tertiris, mungkin tidak setanding A14 Bionic

Berita tentang cipset telefon andalan seterusnya oleh Qualcomm iaitu Snapdragon 895 telah pun mula dilaporkan, di mana ia mungkin akan dibina oleh Samsung atau TSMC. Kini prestasi untuk cipset tersebut telah pun tertiris dalam perkhidmatan penanda aras Geekbench.

Menurut penanda aras tersebut, Snapdragon 895 mencatatkan markah 1,250 mata untuk ujian teras tunggal dan 4,000 mata untuk ujian multi-teras. Ini adalah lebih rendah berbanding cipset A14 Bionic yang dilengkapi dalam iPhone 12, di mana ia mencatatkan markah 1,596 untuk ujian teras tunggal dan 4,027 untul multi-teras.

Selain itu, sumber juga mengatakan cipset andalan seterusnya oleh Samsung, Exynos 2200, bakal mengatasi Snapdragon 895 daripada segi unit pemproses grafik (GPU). GPU mRDNA2 dalam Exynos 2200 yang dibuat bersama AMD telah mengatasi GPU Adreno 750 dalam mod prestasi tinggi.

Sungguh pun begitu, ini bukanlah penanda aras rasmi dan Qualcomm mungkin akan mengusahakan penambahbaikan sebelum Snapdragon 895 dilancar secara rasmi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave

Exit mobile version