Site icon TechNave BM

Promosi HUAWEI MatePad dan MatePad T pada 9 September ini, MatePad RM1399 dengan keyboard, MatePad T RM499!

Sebelum ini, HUAWEI telah melancarkan HUAWEI MatePad pada bulan Mei yang lepas dengan harga RM1399 dan HUAWEI MatePad T pada harga RM799.

Kini, HUAWEI telah mengumumkan promosi terbaru mereka yang akan berlangsung pada 9 September ini dimana HUAWEI MatePad akan dijual dengan harga RM1399 bersama papan kekunci percuma dan hadiah lain bernilai sehingga RM500. HUAWEI MatePad ini adalah tablet kelas pertengahan yang menggunakan cipset Kirin 810, RAM 4GB dengan storan 64GB serta skrin FullHD 10.4 inci.

Manakala untuk tablet kelas permulaannya, HUAWEI MatePad T pula, ia akan dijual dengan harga serendah RM499 sahaja. Tablet ini mempunyai skrin 8 inci, RAM 2GB dengan storan 32GB serta bateri berkapasiti 5100mAh.

Promosi ini hanya akan berlangsung pada 9 September ini sahaja dan tiada pemberitahuan mengenai bilangan unit yang akan dijual dengan harga ini. Jika anda berminat untuk membeli tablet dari HUAWEI ini, jangan lupa catatkan pada kalendar anda.

Lihat spesifikasi penuh HUAWEI MatePad dan HUAWEI MatePad T di sini.

Lawati Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version