Site icon TechNave BM

Prototaip OnePlus 9 muncul di eBay, dijual pada harga ~RM12,180

Telefon pintar andalan OnePlus 9 dijangka akan dilancar pada suku pertama 2021 dan kini nampaknya terdapat seorang penjual di eBay yang kononnya telah memperoleh prototaip untuk OnePlus 9. Beliau telah menyenaraikan telefon itu dalam laman web eBay untuk dijual dengan harga USD3,000 (~RM12,180).

Seperti yang tertera di eBay, gambar OnePlus 9 itu padan dengan gambar awal yang telah tertiris pada awal bulan Disember. Penjual itu turut berkongsi gambar keseluruhan telefon itu daripada setiap sudut.

Laman jualan untuk telefon itu kini telah pun ditarik. Berdasarkan gambar About Phone yang diberikan, OnePlus 9 akan dilengkapi RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Ia tidak menunjukkan spesifikasi pemproses, skrin dan kamera, namun OnePlus 9 dijangka akan dilengkapi Snapdragon 888.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version