Site icon TechNave BM

PS5 boleh mainkan hampir kesemua permainan video PS4

Sony telah memberikan butiran baru tentang konsol game yang akan dikeluarkan pada lewat tahun ini, PlayStation 5 (PS5), di mana konsol itu boleh memainkan hampir kesemua 4,000+ game daripada PlayStation 4 (PS4). Sebelum ini, wakil PS5 mengatakan konsol tersebut hanya boleh memainkan 100 game paling popular dalam PS4.

“Sedikit maklumat tentang backward compatibility – dengan pelbagai game menakjubkan dalam katalog PS4, kami telah berusaha keras untuk membenarkan peminat kami memainkan game kegemaran mereka dalam PS5,” menurut sebuah kemas kini daripada blog Sony.

Malah, game daripada konsol PS4 juga mungkin boleh dimainkan dengan lebih baik di PS5, dengan frame rate yang lebih pantas serta resolusi skrin yang lebih tinggi. Sony mengatakan mereka sedang memeriksa satu persatu game PS4 untuk melihat jika sebarang game memerlukan pelarasan atau perubahan daripada pembina asalnya.

Adakah anda memiliki banyak game PS4 dan ingin cuba memainkannya di PS5 nanti? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: PlayStation Blog

Exit mobile version