Site icon TechNave BM

Qualcomm Snapdragon 780G 5G diumum dengan ciri premium untuk peranti kelas pertengahan

Walaupun 5G masih lagi tidak meluas di Malaysia, tetapi pengeluar cip sudah memberi tekanan untuk penggunaan yang lebih meluas. Contohnya, MediaTek Dimensity 1200 telah diumum pada Januari lalu. Terkini, Qualcomm juga dilapor mengumumkan cipset kelas pertengahan 5G yang baharu.

Snapdragon 780G adalah cipset Qualcomm 5G yang terkini, bertujuan untuk membekalkan kecerdasan buatan (AI) dan pengimejan yang berprestasi. Secara spesifik, ia menggunakan tiga ISP Qualcomm Spectra 570 dan 6th-Gen AI Engine untuk mengoptimumkan AI dan pemprosesan imej. Salah satu ciri menarik juga adalah Snapdragon Elite yang memberi pemacu GPU terkini dan gaming dalam 10-bit HDR.

Snapdragon 780G dipadakan dengan moden Snapdragon X53 5G yang menyokong frekuensi sub-6 GHz dengan kelajuan muat turun maksimum 3.3 Gbps. Ia juga dilengkapi WiFi 6 dengan kelajuan sehingga 3.6Gbps. Malangnya, kami tidak dapat mencari maklumat lain memandangkan halaman produk telah dipadam (tidak pasti apa sebabnya).

Apa pun, peranti dengan cipset baharu ini dijangka hadir pada suku kedua tahun 2021. Jadi, kami akan memaklumkan kepada anda sekiranya terdapat maklumat mengenai peranti dengan janaan Snapdragon 780G. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Qualcomm

Exit mobile version