Site icon TechNave BM

Rakam percutian anda dengan GoPro HERO12 Black pada harga istimewa RM1,899

Bersempena bula cuti ini, GoPro HERO12 Black dengan kualiti kamera mudah alih bersaiz kecil sesuai dibawa semasa percutian anda. Kamera ini mempunyai reka bentuk yang tahan lasak untuk kegunaan dalam pelbagai sukan serta menawarkan beberapa penambahbaikan berbanding generasi sebelumnya.

Kamera ini boleh merakam dalam resolusi sehingga 5.3K, dengan nisbah aspek 8:7 untuk memberikan perspektif yang lebih luas sewaktu merakam video menegak atau melintang. Ia juga mempunyai fungsi penstabilan HyperSmooth 6.0 yang boleh menstabilkan video walaupun dalam situasi yang mempunyai gegaran ekstrem.

Satu mod baharu ialah Vertical Capture Mode yang akan merakam video dalam nisbah aspek 9:16 jika kamera itu didirikan secara menegak. Untuk rakaman gerak perlahan (slow motion) pula, ia boleh memperlahankan video sehingga 8x dalam resolusi 2.7K. GoPro mengatakan baterinya boleh bertahan sehingga 70 minit jika merakam secara berterusan dalam resolusi 5.3K 60fps, atau sehingga 155 minit jika merakam dalam 1080p 30fps.

Anda kini berpeluang untuk memiliki GoPro HERO12 Black dengan penjimatan segera sebanyak RM100, membolehkan anda memiliki peranti hebat ini dengan harga istimewa RM1,899. Sebagai bonus, pembelian anda turut disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM239, meningkatkan pengalaman perayaan anda.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version