Site icon TechNave BM

realme 10 5G dan realme 10 Pro+ akan dilancar pada 17 November 2022

Sebelum ini, realme telah mengesahkan bahawa siri realme 10 akan dilancar pada 9 November 2022. Kini, jenama telefon pintar itu mengumumkan sebuah lagi tarikh pelancaran untuk varian telefon tersebut iaitu realme 10 Pro+ dan realme 10 5G.

Kedua-dua telefon ini akan dilancar pada hari Khamis, 17 November 2022 di China. Setakat ini masih tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi atau rupa kedua-dua telefon tersebut, namun sebuah poster dalam Weibo telah menunjukkan reka bentuknya secara ringkas.

realme 10 Pro+ dikhabarkan bakal dilengkapi kamera utama 108MP, cipset MediaTek Dimensity 1080 dan skrin 1080p berukuran 6.7 inci, dengan bahagian sisi yang melengkung.

realme 10 5G pula mungkin dilengkapi dwi-kamera 108MP, skrin LCD berukuran 6.7 inci dengan resolusi Full HD+, pengecasan pantas 33W dan bateri 5,000mAh.

Sebelum ini, beberapa gambar realme 10 telah pun dikesan dalam laman web pengiktirafan TENAA. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana varian realme 10 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version