More

    Siri realme 10 muncul di penyenaraian TENAA, dedahkan spesifikasi penuh peranti

    Minggu lalu, telefon realme dengan nombor model RMX3663 dan RMX3687 telah disahkan oleh penyenaraian 3C dan TENAA di China. Kemudian, telefon lain dengan nombor model RMX3615 berada dalam pangkalan data pada kedua-dua platform. Sebelum ini, penyenaraian TENAA untuk RMX3615 hanya menunjukkan gambar, tetapi kini ia mempunyai semua spesifikasinya.

    Pada masa yang sama, realme telah mengirim sebuah poster di akaun Twitternya bahawa realme 10 yang akan datang bakal dilengkapi dengan cipset MediaTek Helio G99. realme RMX3615 mempunyai ukuran bersaiz 164.4 x 75.1 x 8.1mm dan berat sekitar 194 gram. Ia menempatkan panel LCD 6.58 inci yang menawarkan resolusi FHD+ beresolusi 1080 x 2408 piksel.

    Peranti ini mempunyai bateri 5,000mAh yang mungkin membawa sokongan untuk pengecasan pantas 33W mengikut pensijilan 3C. Telefon ini dijangka tiba dengan pilihan RAM 6GB, 8GB dan 12GB dan pilihan storan terbina dalam seperti 64GB, 128GB dan 256GB. Di bahagian hadapan, RMX3615 menampilkan kamera swafoto 8MP.

    Unit tiga kamera yang terdapat di belakangnya mempunyai kamera utama 50MP, ultra lebar 8MP dan kamera kedalaman 2MP. RMX3615 mempunyai sensor cap jari yang dipasang di sisi. Tidak jelas sama ada peranti itu akan hadir dengan Android 12 atau OS Android 13 yang terkini.

    Model RMX3663 dijangka tiba dengan nama realme 10 5G manakala RMX3687 mungkin dipanggil realme 10 Pro atau Pro+ 5G. Walaupun kedua-dua telefon mempunyai reka bentuk yang serupa, RMX3615 mempunyai reka bentuk yang berbeza. Oleh itu, tidak jelas sama ada ia tergolong dalam siri realme 10 atau siri yang lain.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...