Site icon TechNave BM

realme 12 5G akan dilancar dengan Dynamic Button mirip iPhone 15 Pro

realme Malaysia bersedia untuk memperkenalkan realme 12 5G untuk mengembangkan barisannya selepas kejayaan pelancaran realme 12 Pro+ 5G dan realme 12+ 5G. Syarikat itu menjanjikan untuk meningkatkan pengalaman digital pengguna dengan ciri-ciri baru seperti Portrait Master dan Dynamic Button yang pertama kali diperkenalkan dalam Android, serupa dengan Action Button pada iPhone 15 Pro.

Terletak di sebelah kanan peranti, Dynamic Button bertujuan untuk memberi lebih banyak kemudahan dan aksesibiliti kepada pengguna, membolehkan akses cepat ke pelbagai aplikasi dan fungsi hanya dengan klik dua kali. Pengguna boleh mengakses aplikasi seperti Touch n’ Go, TikTok dan Instagram dengan mudah, menukar mod bunyi, mengaktifkan lampu suluh serta banyak lagi untuk memenuhi keutamaan penggunaan yang diperibadikan.

Bagi mereka yang tidak tahu, telefon pintar ini telahpun dilancarkan di India pada minggu lepas membawa ciri-ciri menarik ini. Untuk kemas kini dan maklumat lanjut mengenai realme 12 5G, pengguna boleh layari laman web rasmi realme. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version