Site icon TechNave BM

realme 15 Pro 5G Game of Thrones Limited Edition dilancar di Malaysia, berharga RM2,499

Selepas melancarkan siri telefon pintar realme 15 Pro 5G untuk pasaran Malaysia pada bulan lalu, kini realme melancarkan sebuah edisi khas untuk telefon tersebut iaitu realme 15 Pro 5G Game of Thrones Limited Edition.

realme telah bekerjasama dengan siri televisyen popular itu untuk menghasilkan peranti yang sangat unik. Pada bahagian luarannya terdapat pelbagai logo yang berdasarkan kumpulan-kumpulan yang diketengahkan dalam Game of Thrones (GOT), seperti Mohor Kuasa Rumah Targaryen yang diukir secara 3D dan simbol-simbol lain pada bonggol kamera.

Permukaan belakangnya dibuat daripada kulit dan menampilkan ciri Teknologi Perubahan Warna Dragonfire. Ia akan berubah warna daripada hitam kepada merah apabila dikenakan dengan air pada suhu 44°C.

Telefon edisi khas ini bukan sahaja mempunyai pelbagai hiasan khas bertemakan GOT, malah didatangkan dengan kotak khas yang pasti menarik para peminat realme dan GOT.

Kotaknya mempunyai estetika emas dan hitam yang diinspirasikan daripada watak popular GOT, Daenerys Targaryen, yang menerima tiga butir telur naga dalam sebuah peti. Apabila kotak ini dibuka, sebuah mahkota Iron Throne akan dipacakkan ke atas dan menyediakan ruang untuk meletakkan telefon ini.

Kotak ini turut mempunyai peta Westeros serta huraian pendek untuk House Stark dan House Targaryen. Dalam telefon pula, ia mempunyai antara muka (UI) yang bertemakan ais dan api bagi melambangkan pelbagai puak-puak yang terdapat dalam GOT.

Daripada segi spesifikasi, ia adalah sama dengan realme 15 Pro asal. Berikut merupakan spesifikasi penuh untuk telefon ini:

Telefon edisi khas ini akan dijual di Malaysia bermula 10 Oktober 2025 dan boleh didapati dari kedai jenama realme, pengedar-pengedar sah, Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Setiap pembelian akan disertakan dengan beberapa hadiah percuma iaitu realme Buds T200 (bernilai RM199), waranti lanjutan 1 tahun (bernilai RM399) dan waranti skrin retak 1 tahun (bernilai RM599).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version