More

    siri realme 15 rasmi di Malaysia dengan skrin 144Hz, kamera 50MP dan cas pantas 80W bermula RM1,499

    realme hari ini memperkenalkan siri realme 15 di Malaysia yang terdiri daripada realme 15 5G dan realme 15 Pro. realme 15 Pro menampilkan sistem tiga kamera 50MP yang merangkumi kamera utama Sony IMX896, ultra-lebar 50MP dan kamera swafoto 50MP dengan ketiga-tiga lensa menyokong rakaman 4K 60fps.

    Fungsi 2K Live Photo turut diperkenalkan untuk tangkapan lebih hidup. Bagi realme 15 5G, ia hadir dengan dua kamera 50MP di bahagian depan dan belakang yang menyokong rakaman 4K 30fps. Kedua-dua model dilengkapi ciri Mod Parti AI yang membolehkan suasana parti dirakam dengan efek cahaya interaktif selain AI MagicGlow 2.0 untuk menambah sentuhan unik pada foto.

    Fungsi AI Edit Genie pula membolehkan suntingan imej menggunakan arahan suara dan menurut realme, ia menyokong Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin serta bahasa utama lain mengikut pasaran. realme 15 Pro dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 4 manakala realme 15 menggunakan cip MediaTek Dimensity 7300+.

    Kedua-dua peranti hadir dengan bateri berkapasiti 7000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W yang mampu mencapai 50% dalam masa 25 minit. Dalam ujian dalaman, bateri siri ini dikatakan menyokong sehingga 22 jam tontonan YouTube atau hampir 10 jam permainan Mobile Legends.

    Daripada segi paparan, realme 15 Pro menawarkan skrin AMOLED 6.8 inci 144Hz 4D Curved+ dengan kecerahan puncak sehingga 6,500 nits manakala realme 15 dilengkapi skrin 6.77 inci 144Hz dengan kecerahan puncak sehingga 4,500 nits. Reka bentuknya turut menampilkan perlindungan Corning Gorilla Glass dan penarafan IP69 bagi ketahanan tambahan.

    Tempahan dibuka dari 18 hingga 26 September 2025 dengan jualan rasmi bermula 27 September 2025 melalui kedai rasmi realme, pengedar sah serta platform e-dagang rasmi termasuk Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Harga jualan bermula dengan realme 15 5G (12/256GB) berharga RM1,499, realme 15 Pro (12/256GB) berharga RM1,799 dan realme 15 Pro (12/512GB) berharga RM2,099.

    Setiap tempahan akan disertakan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,146 untuk realme 15 dan RM1,346 untuk realme 15 Pro. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured