Site icon TechNave BM

realme 15T Roadshow warnai IOI Mall Puchong – hadiah RM962 dan cabutan bertuah RM8,888!

realme Malaysia mengumumkan penganjuran realme 15T Roadshow di IOI Mall Puchong bermula 29 Oktober hingga 2 November 2025 sempena pelancaran rasmi realme 15T pada 30 Oktober ini. Sepanjang tempoh ini, pengunjung berpeluang menikmati hadiah percuma bernilai RM962 dengan setiap pembelian realme 15T.

Antara hadiah termasuk power bank 10,000mAh, realme Buds T300, pemegang telefon kereta, sarung jari, golf sport neckband dan barangan eksklusif lain. realme turut menawarkan cabutan bertuah bernilai keseluruhan RM8,888 yang menampilkan hadiah menarik seperti realme 14 5G, penggoreng udara, periuk nasi, realme Buds, speaker Bluetooth dan pelbagai aksesori premium.

Pelanggan juga boleh menikmati diskaun sehingga RM100 bagi pembelian awal sepanjang roadshow ini. Dalam masa sama, cawangan realme Mid Valley Megamall turut mengadakan promosi November dengan potongan harga untuk model seperti realme Note 60x yang kini hanya RM299 selepas diskaun RM150 dan realme C75 pada RM659 termasuk aksesori tambahan seperti fon telinga berwayar atau tempered glass.

realme 15T menampilkan bateri 7000mAh dalam rekaan 7.79mm ultra nipis dan kamera dwi AI 50MP menjadikannya pilihan ideal bagi pengguna yang mahukan gabungan gaya, prestasi serta ketahanan bateri. Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi Facebook rasmi realme Malaysia atau hadir terus ke roadshow di IOI Mall Puchong hingga 2 November ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk datang dan mencuba sendiri peranti realme 15T serta teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version