More

    realme 15T 5G akan dilancar di Malaysia pada 30 Oktober 2025

    Selepas memperkenalkan siri realme 15 buat kali pertama di Malaysia pada bulan September lalu, kini realme Malaysia akan memperkenalkan varian baharu, realme 15T 5G, yang menampilkan rekaan nipis. Ia bakal dilancarkan di Malaysia pada hari Khamis, 30 Oktober 2025.

    realme 15T 5G bakal mempunyai kenipisan 7.79mm sahaja dan berat 181 gram, membuatkannya mudah dipegang. Ia juga akan mempunyai skrin 4R Comfort+ AMOLED berukuran 6.7 inci yang menjanjikan pengalaman visual tinggi.

    realme juga berkata telefon ini mempunyai estetika “rPhone” yang menampilkan bahagian sisi melengkung, bahagian belakang dengan sudahan matte yang kalis cap jari dan bonggol kamera yang dibuat daripada aluminium.

    Salah satu pilihan warnanya ialah Flowing Silver yang realme mengatakan nampak seperti sebuah telefon flagship.

    realme 15T yang sudah dilancar di India

    Telefon ini sebenarnya sudah pun dilancar untuk pasaran India pada September lalu. Ia mempunyai cipset MediaTek Dimensity 6400, RAM 8GB, storan dalaman 128GB/256GB, bateri 7,000mAh dan pengecasan pantas 60W.

    Kameranya pula terdiri daripada dua di belakang iaitu kamera utama 50MP dan sensor kedalaman 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 50MP. Ia turut mempunyai rating kalis air IP66/68/69 untuk melindunginya daripada percikan air.

    Besar kemungkinan, varian yang akan dijual di Malaysia akan mempunyai spesifikasi yang serupa. Ia dijual di India pada harga bermula INR18,999 (~RM920) untuk varian 8GB+128GB, jadi mungkin kita boleh jangkakan harga yang serupa untuk pasaran Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured