Site icon TechNave BM

realme 7 5G dilancar di Malaysia: Dimensity 800U, skrin 120Hz, cas pantas 30W berharga RM1,299

realme Malaysia hari ini telah melancarkan varian terbaru dalam siri telefon kelas pertengahan realme 7 iaitu realme 7 5G. Antara spesifikasi menarik telefon ini adalah ia dilengkapi cipset kelas pertengahan terbaru daripada MediaTek, Dimensity 800U 5G, skrin berukuran 6.5 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan pengecasan pantas 30W Dart Charge.

Berikut merupakan spesifikasi penuh untuk realme 7 5G:

realme 7 5G boleh dibeli di Lazada bermula 18 Disember pada harga RM1,299. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version