More

    realme 7 5G dilancar di Malaysia: Dimensity 800U, skrin 120Hz, cas pantas 30W berharga RM1,299

    realme Malaysia hari ini telah melancarkan varian terbaru dalam siri telefon kelas pertengahan realme 7 iaitu realme 7 5G. Antara spesifikasi menarik telefon ini adalah ia dilengkapi cipset kelas pertengahan terbaru daripada MediaTek, Dimensity 800U 5G, skrin berukuran 6.5 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan pengecasan pantas 30W Dart Charge.

    Berikut merupakan spesifikasi penuh untuk realme 7 5G:

    • Cipset MediaTek Dimensity 800U 5G
    • Skrin Full HD+ (2400×1080) Ultra Smooth Display 120Hz berukuran 6.5 inci dengan kadar bacaan sentuhan 180Hz
    • RAM 8GB
    • Storan dalaman 128GB
    • Kamera utama 48MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro + kamera potret hitam putih
    • Kamera swafoto 16MP
    • Rakaman video sehingga 4K 30fps, untuk gerak perlahan sehingga 720p 240fps, dilengkapi penstabilan UIS
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 30W Dart Charge, pengecasan penuh mengambil masa 65 minit
    • Pembesar suara Dolby Atmos dan pengiktirafan Hi-Res
    • Pengimbas cap jari di sisi, dwi-kad SIM, NFC
    • Terdapat dalam warna perak Flash Silver dan biru Mist Blue

    realme 7 5G boleh dibeli di Lazada bermula 18 Disember pada harga RM1,299. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured