Site icon TechNave BM

realme 9 4G akan dilancar pada 7 April 2022

realme telah pun memperkenalkan beberapa telefon pintar di bawah siri realme 9, seperti realme 9 5G, realme 9 Pro+ 5G, realme 9 Pro 5G dan realme 9i. Kini realme bakal memperkenalkan sebuah lagi telefon dalam siri tersebut iaitu realme 9 4G.

Telefon itu bakal dilancar di India pada hari Khamis, 7 April 2022 jam 12:30 tengah hari IST (3:00 petang waktu Malaysia). Dalam sebuah ciapan di Twitter, realme mengatakan realme 9 4G akan menawarkan kamera dengan ketepatan fokus (focusing accuracy) sebanyak sembilan kali ganda.

Selain itu, realme juga telah berkongsi rupa telefon tersebut dalam warna putih. Rekaannya tidak mempunyai banyak perbezaan dengan telefon lain dalam siri realme 9.

realme masih belum mengumumkan sebarang spesifikasi untuk telefon tersebut, namun ia mungkin akan dilengkapi kamera utama 108MP dengan sensor imej ISOCELL HM6, kamera swafoto 16MP skrin dengan kadar segar semula 90Hz dan cipset Snapdragon.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme 9 4G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version