More

    Siri realme 9 5G dilancar: SD 778G, skrin 6.6″ 144Hz, kamera 48MP dan bateri 5,000mAh bermula ~RM820

    Februari lalu, duo realme 9 Pro diumumkan dan kini siri realme 9 5G dilancarkan secara rasmi. realme 9 5G SE sebenarnya lebih pantas daripada realme 9 Pro. SE adalah singkatan kepada “Speed Edition” dan telefon ini mempunyai cipset yang lebih pantas dan paparan yang lebih pantas. realme 9 5G SE dikuasakan oleh Snapdragon 778G.

    Ini bermakna SE mempunyai dua kali ganda bilangan teras berasaskan Cortex-A78 dan GPU Adreno 642L. Berdasarkan data, SE akan mempunyai CPU yang lebih laju sedikit dan GPU yang jauh lebih pantas berbanding dengan Pro.

    realme 5G SE hadir dengan varian RAM LPDDR4x 6GB atau 8GB, storan UFS 2.2 128GB, slot mikroSD dan menggunakan antara muka realme UI 2.0 berasaskan Android 11. Ia dilengkapi paparan 6.6 inci resolusi 1,080 x 2,412 px (20:9) dengan kadar penyegaran 144Hz, kadar pensampelan sentuhan 240 Hz dan kecerahan puncak 600 nits.

    Kapasiti baterinya sebesar 5,000 mAh dyang menyokong kadar pengecasan pada 30W. Bahagian belakangnya terdapat kamera utama 48MP + kamera makro + sensor kedalaman. Resolusi rakaman videonya boleh sehingga 4K pada 30 fps. Kamera swafotonya pula 16MP.

    Harga Realme 9 5G Speed ​​Edition bermula dari INR19,999 (~RM1,100) untuk varian 6/128 GB dan INR22,999 (~RM1,260) untuk memori 8/128 GB. Terdapat dua pilihan warna iaitu Starry Glow atau Azure Glow.

    realme 9 5G menggunakan paparan 6.5 inci beresolusi 1,080 x 2,400 px (20:9) dengan kadar penyegaran 90Hz, kadar pensampelan sentuhan 180Hz dan kecerahan puncak 600 nits. Ia dilengkapi Dimensity 810, RAM LPDDR4X 4/6GB, storan dalaman 64/128GB dan slot mikroSD. Ia menggunakan antara muka realme UI 2.0 berasaskan Android 11.

    Bahagian belakangnya terdapat kamera utama 48MP + kamera makro + sensor kedalaman manakala kamera swafotonya menggunakan sensor 16MP. Kapasiti baterinya sebesar 5,000 mAh yang menyokong kadar 18W.

    realme 9 5G tersedia dalam pilihan warna hitam dan putih. Harga untuk telefon ini ialah INR14,999 (~RM820) untuk 4/64GB dan INR17,499 (~RM960) untuk 6/128 GB. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured