Site icon TechNave BM

realme anjurkan promosi khas pada 29 Jun 2025 sahaja, diskaun sehingga 50%!

realme Malaysia akan menganjurkan promosi khas Super Brand Day yang akan berlangsung dalam Shopee selama satu hari sahaja iaitu pada hari Ahad, 29 Jun 2025. Anda boleh dapatkan diskaun sehingga 50% untuk pelbagai perani realme pada hari tersebut.

Ini termasuklah realme P3 Ultra 5G yang baru dilancar pada bulan ini, yang akan dijual pada harga RM1,399 sahaja untuk varian 12GB+256GB (harga asal RM1,699). Ia turut disertakan bersama waranti lanjutan selama setahun oleh Shopee.

Berikut adalah senarai peranti realme yang akan dijual pada harga diskaun, tertakluk kepada terma dan syarat:

PerantiHarga asalHarga selepas baucar
realme P3 UltraRM1,699RM1,399
realme 12 Pro+ (12GB + 512GB)RM2,099RM1,388
realme C63RM599RM509
realme Note 60XRM369RM279

realme juga akan berikan hadiah-hadiah percuma untuk produk terpilih. Mereka yang membeli realme 14 Series akan menerima fon telinga wayarles Buds T01 (bernilai RM119), manakala pembeli realme 13 Series akan menerima Buds T110 (bernilai RM139).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana peranti di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version