More

    realme P3 Ultra rasmi di Malaysia membawa rekaan “Glow-in-the-Dark” pada RM1,399

    realme P3 Ultra menonjol dengan reka bentuk unik Glow-in-the-Dark pertama di dunia yang memancarkan cahaya seperti bintang pada waktu siang dan membentuk corak hijau bercahaya pada waktu malam.

    Panel belakangnya menggunakan ukiran mikro untuk memberikan rasa seakan menyentuh debu bulan. Dengan rekaan nipis hanya 7.38mm, rangkaian tepi ultra-nipis dan hiasan Cosmic Star Ring Deco, peranti ini bukan sahaja anggun, tetapi juga selesa digenggam dan estetik futuristik. Paparan AMOLED Quad-Curved 1.5K dengan bezel 1.6mm menjadikan tontonan lebih imersif manakala teknologi pemalapan PWM 3840Hz memastikan mata kekal selesa dalam cahaya malap.

    Beralih ke bahagian prestasi, realme P3 Ultra dikuasakan cip Dimensity 8350 Ultra dengan skor AnTuTu melebihi 1.45 juta. Ia menyokong permainan 120FPS selama 6 jam serta mampu melakukan pelbagai tugas dengan lancar dengan RAM 12GB. Kamera Sony 50MP OIS AI menawarkan imej berkualiti tinggi walaupun dalam cahaya rendah bersama rakaman video 4K 60FPS.

    Dengan bateri Titan 6,000mAh dan pengecasan pantas 80W, ia sesuai untuk penggunaan intensif. Sistem penyejukan Bionik yang dipertingkat juga memastikan suhu kekal rendah walaupun semasa sesi permainan atau rakaman berat.

    Spesifikasi realme P3 Ultra:
    • Paparan: AMOLED Quad-Curved 1.5K, bezel 1.6mm, 3840Hz PWM
    • Cipset: MediaTek Dimensity 8350 Ultra
    • RAM 12GB
    • Storan 256GB
    • Kamera Belakang: Sony IMX896 50MP OIS AI (1/1.56”)
    • Bateri: Titan 6,000mAh dengan pengecasan pantas 80W
    • Lain-lain: Anti-salah sentuh, reka bentuk ergonomik futuristik
    • Harga: RM1,699

    Promosi eksklusif realme P3 Ultra berlangsung daripada 16 hingga 30 Jun 2025 di mana pelanggan berpeluang menerima hadiah percuma bernilai RM349 termasuk baucar pelancaran bernilai RM150 dan jaminan lanjutan satu tahun bernilai RM199. Sempena TikTok Super Brand Day daripada 17 hingga 19 Jun 2025, peranti ini ditawarkan pada harga istimewa RM1,399 bersama jaminan lanjutan satu tahun secara percuma.

    Promosi ini boleh didapati di kedai rasmi realme di Shopee, Lazada dan TikTok. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...