Site icon TechNave BM

realme bakal lancarkan siri telefon pintar baharu

realme bukan lagi sebuah jenama yang asing dalam industri telefon pintar kerana syarikat teknologi China itu menawarkan banyak model telefon dalam pelbagai kategori harga. Di Malaysia sahaja, ia dikenali dengan pelbagai siri telefon seperti realme C, realme Note, realme Number Series dan realme GT.

Kini, realme mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah lagi siri telefon baharu. Perkara tersebut diumumkan dalam media sosial realme dengan sebuah video pendek, namun mereka tidak memberikan banyak butiran mengenai siri tersebut.

Video itu sekadar menunjukkan beberapa grafik gunung berapi dan meteor, dengan slogan A New World, A New Power, A New Series (Dunia Baharu, Kuasa Baharu, Siri Baharu). Kami berpendapat ia mungkin bakal menawarkan telefon berprestasi tinggi, namun kita perlu tunggu pengesahan lanjut daripda realme.

Di Malaysia, realme telah melancarkan pelbagai telefon baharu seperti realme Note 50, realme 12 5G, realme 12 Pro+ 5G, realme 12+ 5G dan realme C67.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version