Site icon TechNave BM

realme Buds Clip dilancar, fon telinga gaya “open-ear” bermula RM399

Selain melancarkan realme GT 8 Pro, realme Malaysia hari ini turut melancarkan fon telinga wayarles baharu iaitu realme Buds Clip. Ia merupakan fon telinga wayarles gaya terbuka (open-ear) yang terbaru daripada realme.

Dengan rekaan yang terbuka, ia membenarkan pengguna mendengar audio tanpa memasukkan sesuatu dalam lubang telinga. Setiap earbud mempunyai berat 5.3 gram sahaja, jadi anda tidak akan merasa letih jika memakainya dengan lama.

Ia mempunyai rekaan berbentuk C yang ergonomik agar ia mudah dilekatkan pada cuping telinga. Ia dibuat menggunakan aloi titanium yang boleh dilaras dan mengekalkan bentuknya, supaya ia boleh genggam erat pada cuping walaupun dengan senaman yang berat.

Untuk fungsi, ia mempunyai NextBass Algorithm yang menambah baik output frekuensi rendah dan kualiti audio secara keseluruhan. Walaupun dengan rekaan terbuka, ia masih boleh menyediakan pengalaman bunyi yang imersif dan penuh, sambil memudahkan pengguna kekal sedar dengan persekitarannya.

realme Buds Clip akan dijual pada harga RM399 dan boleh dibeli dari Kedai Jenama realme, pengedar-pengedar sah serta laman rasmi realme Malaysia di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Jika anda membeli mana-mana varian realme GT 8 Pro sebelum 28 November, anda boleh beli Buds Clip dengan harga pembelian-dengan-pembelian sebanyak RM299.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fon telinga ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version