realme hari ini mengesahkan pelancaran realme Buds Clip iaitu fon telinga terbuka (open-ear) pertamanya pada 24 November 2025. Ia disasarkan kepada pengguna muda yang aktif dan memberi keselesaan sepanjang hari dengan reka bentuk ear-clip ultra-ringan serta algoritma audio baharu.
Menggunakan struktur C-shaped ear-clip berasaskan flexible memory titanium alloy, Buds Clip mengekalkan cengkaman stabil ketika bersukan atau bergerak pantas tanpa memberi tekanan pada telinga. Setiap buds seberat 5.3 gram dan boleh dipakai berjam-jam tanpa rasa sakit seperti fon dalam-telinga.
Reka bentuk open-ear ini juga lebih selamat untuk penggunaan luar kerana pengguna masih dapat mendengar persekitaran. Untuk prestasi audio, realme melengkapkan Buds Clip dengan NextBass Algorithm yang dibangunkan sendiri untuk menghasilkan nada rendah lebih tersusun dan melaras tindak balas frekuensi secara dinamik.
Teknologi ini direka bagi memastikan pengalaman audio yang lebih seimbang walaupun dalam faktor bentuk open-ear. Maklumat tambahan serta harga rasmi akan diumumkan pada hari pelancaran. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme Buds Clip dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

