More

    realme Buds Clips tiba di Malaysia secara rasmi pada 24 November ini

    realme hari ini mengesahkan pelancaran realme Buds Clip iaitu fon telinga terbuka (open-ear) pertamanya pada 24 November 2025. Ia disasarkan kepada pengguna muda yang aktif dan memberi keselesaan sepanjang hari dengan reka bentuk ear-clip ultra-ringan serta algoritma audio baharu.

    Menggunakan struktur C-shaped ear-clip berasaskan flexible memory titanium alloy, Buds Clip mengekalkan cengkaman stabil ketika bersukan atau bergerak pantas tanpa memberi tekanan pada telinga. Setiap buds seberat 5.3 gram dan boleh dipakai berjam-jam tanpa rasa sakit seperti fon dalam-telinga.

    Reka bentuk open-ear ini juga lebih selamat untuk penggunaan luar kerana pengguna masih dapat mendengar persekitaran. Untuk prestasi audio, realme melengkapkan Buds Clip dengan NextBass Algorithm yang dibangunkan sendiri untuk menghasilkan nada rendah lebih tersusun dan melaras tindak balas frekuensi secara dinamik.

    Teknologi ini direka bagi memastikan pengalaman audio yang lebih seimbang walaupun dalam faktor bentuk open-ear. Maklumat tambahan serta harga rasmi akan diumumkan pada hari pelancaran. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme Buds Clip dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured