realme C15 – Sebuah lagi telefon realme dengan bateri 6,000 mAh

Pada video kali ini, kami mengulas sedikit mengenai telefon kelas permulaan yang terbaru dari realme iaitu realme C15. Pada tahun ini sahaja, realme telah melancarkan 5 telefon dalam siri C ini iaitu C3, C11, C12, C15 dan C17. Perbezaan pada setiap model dalam siri ini adalah sedikit sahaja dengan perbezaan harga yang sedikit juga.

realme C15 ini hadir dengan spesifikasi yang anda boleh jangkakan untuk sebuah telefon kelas permulaan. Skrin HD+, port microUSB, badan plastik masih lagi kekal ada pada telefon ini. Namun, telefon ini mempunyai spesifikasi yang menarik iaitu baterinya sebesar 6,000 mAh.

Adakah realme C15 ini berbaloi untuk dibeli? Tonton video ini untuk butiran lanjut dan ikuti kami di Youtube untuk video teknologi yang menarik.