Site icon TechNave BM

realme C51 rasmi di Malaysia: Dilengkapi Mini Kapsul, kamera utama 50MP berharga RM549

Hari ini, realme telah melancarkan realme C51 bersama-sama fon telinga wayarles T300. realme C51 adalah kesinambungan siri realme Champion yang menawarkan peranti untuk peringkat permulaan. Peranti ini memiliki storan ROM sehingga 128GB yang menyokong penambahan storan luaran sehingga 2TB.

Selain itu, ia turut dilengkapi RAM 8GB dengan teknologi Pengembangan RAM Dinamik. Pada bahagian belakangnya memuatkan kamera utama 50MP yang menampilkan apertur f/1.8 dan bahagian hadapan menempatkan kamera swafoto 5MP.

Baterinya berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan SUPERVOOC 33W dan datang dengan sistem perlindungan lima-teras pintar untuk membantu melindungi hayat bateri. Ia tersedia dalam warna Mint Green dan Carbon Black serta memiliki berat 7.99mm. Panel belakang atasnya dibuat dengan proses Stylish Glittering yang akan memantulkan pancaran cahaya.

Panel bawah mempunyai tekstur matte yang menghalang kesan cap jari. Bahagian paparan skrin berukuruan 6.74 inci dengan penyegaran semula 90Hz, kecerahan puncak 560 nits dan mempunyai Mini Kapsul Android seperti Dynamic Island yang terdapat pada siri iPhone 15.

Menariknya, peranti ini menampilkan enam jaminan kualiti standard untuk hayat bateri, kualiti hentakan dan hayat struktur dengan menjalani lebih 320 ujian ketat untuk membuktikan ketahanannya. Selain itu, C51 didatangkan dengan pembesar suara UltraBoom untuk tahap bunyi 150%, pengimbas cap jari sisi dan NFC.

Ia dijual pada tanda harga RM549. Untuk pengetahuan, realme Malaysia mengadakan Pay Day Limited Offer dari 27 September hingga 8 Oktober 2023 anda boleh membeli realme C51 dengan harga RM529.

Spesifikasi lengkap realme C51:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme C51 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version