realme mengejutkan dunia teknologi dengan konsep telefon pintar baharu yang hadir dengan bateri 10,000mAh, namun kekal dengan reka bentuk nipis di bawah 8.5mm dan berat hanya 200 gram. Rahsianya, realme menggunakan teknologi bateri silikon beranod tinggi dengan 10% kandungan silikon memberikan ketumpatan tenaga sangat tinggi iaitu 887Wh/L.
Ini menjadikannya paling canggih dalam industri setakat ini. Bukan itu sahaja, telefon ini direka menggunakan “Mini Diamond Architecture” iaitu susun atur dalaman ultra padat yang membolehkan ruang optimum untuk bateri besar sambil memuatkan papan induk Android terkecil di dunia dengan hanya 23.4mm lebar.
Satu lagi ciri menarik ialah bahagian belakangnya separa telus yang membolehkan pengguna melihat komponen dalaman seperti bateri dan papan litar utama. Ia memberikan pengalaman futuristik dan unik. realme juga dilaporkan telah mempatenkan lebih 60 rekaan dan inovasi daripada konsep ini.
Ia dijangka menjadi asas kepada telefon realme akan datang termasuk siri GT 7. Adakah ini permulaan kepada era telefon pintar dengan bateri tahan dua hari penuh tanpa perlu dicas? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: FoneArena

